awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang

Bernama
Bernama
07/03/2024
03:10 MYT
Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang
Pelanggan di kawasan yang terjejas disarankan untuk menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang selama 10 hari bermula hari ini berikutan pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Moyog di sini.
Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada 189 juta liter sehari ke 187 juta liter sehari itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.
"Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.
"Pelanggan di kawasan yang terjejas disarankan untuk menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat," katanya.
Kawasan yang dijangka terjejas di Kota Kinabalu antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Kota Kinabalu City Centre, Kepayan, Tanjung Aru, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Tanjung Lipat, Inanam, Kolombong, Luyang, Putatan, dan Bukit Padang.
Manakala kawasan dijangka terjejas di Penampang adalan Pekan Penampang, Pusat Kebudayaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Donggongon, Jalan Penampang Baru, dan Jalan Penampang-Papar Lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#bekalan air
#Penampang
#gangguan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan