awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan elektrik: Rebat pengguna tertakluk hasil siasatan - Takiyuddin

Bernama
Bernama
31/07/2022
14:08 MYT
Gangguan elektrik: Rebat pengguna tertakluk hasil siasatan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata GSL diwujudkan bagi memastikan kualiti bekalan elektrik serta perkhidmatan TNB dalam keadaan terbaik, termasuk menjaga kepentingan pengguna. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan muktamad kelayakan pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapatkan rebat susulan kejadian gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Rabu lepas adalah tertakluk kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata siasatan yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB itu dijangka selesai dalam tempoh satu bulan dari tarikh kejadian.
Beliau berkata selain memastikan punca dan kesan gangguan, siasatan itu juga akan meneliti dan menentukan sama ada kejadian tersebut mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL) TNB atau sebaliknya.
"...seterusnya akan menjadi asas penentuan sama ada pelanggan yang terlibat layak diberikan rebat ataupun tidak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan Suruhanjaya Tenaga dan TNB dijangka selesai tempoh sebulan
Takiyuddin berkata GSL diwujudkan bagi memastikan kualiti bekalan elektrik serta perkhidmatan TNB dalam keadaan terbaik, termasuk menjaga kepentingan pengguna.
Rabu lepas, kira-kira satu juta pengguna TNB di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilapor terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik yang tercetus bermula 12:39 tengah hari.
Bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit hingga dua jam 21 minit iaitu tidak melebihi GSL terkini yang telah diluluskan pada 22 Sept 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gangguan elektrik
#rebat
#siasatan ST
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan