awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual, buli: KBS perkenal Kod Sukan Selamat 15 Mac - Hannah

Bernama
Bernama
11/03/2023
04:20 MYT
Gangguan seksual, buli: KBS perkenal Kod Sukan Selamat 15 Mac - Hannah
Hannah Yeoh berkata kod yang sebelum ini dalam fasa penelitian, kini sudah sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kementerian. - Gambar fail
PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat Rabu ini yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.
Menterinya Hannah Yeoh berkata kod yang sebelum ini dalam fasa penelitian, kini sudah sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kementerian.
"KBS akan buat buat pengumuman khas mengenai kod itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Wanita peringkat KBS, di sini hari ini.
"Isu sukan selamat ini bukan untuk kaum wanita sahaja, bahkan juga untuk kaum lelaki, dan selain isu gangguan seksual ia (kod itu) juga membabitkan (isu) buli dan keganasan," tambahnya.
Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#gangguan seksual
#buli
#kod sukan selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan