KUALA LUMPUR: Gangguan seksual merupakan kebimbangan utama rakyat Malaysia apabila menyentuh isu penting yang dihadapi golongan wanita di negara ini.

Sebanyak 35 peratus rakyat negara ini menyatakan bahawa gangguan seksual terhadap wanita merupakan kebimbangan utama berbanding 29 peratus purata negara global.

Ia adalah hasil kajian yang dilakukan sempena Hari Wanita Sedunia oleh IPSOS sebuah badan kajian terbesar di dunia yang diasaskan di Perancis pada tahun 1975.

Kajian yang dilakukan sempena hari wanita sedunia oleh IPSOS sebuah badan kajian terbesar di dunia yang diasaskan di Perancis pada tahun 1975

Kebimbangan kedua tertinggi adalah seksualisasi wanita dan gadis di media, dan ia lebih kerap disebut di Malaysia berbanding negara lain.

Berbanding negara lain lain, isu gaji yang sama rata dan penderaan dosmetik merupakan kebimbangan yang kurang menonjol bagi rakyat Malaysia dengan 12 peratus menyatakan kebimbangan tentang gaji sama rata dan 14 peratus tentang penderaan domestk.

Kira-kira separuh daripada rakyat Malaysia menganggapnya adalah sesuatu yang boleh diterima untuk menghantar tanpa diminta komen atau pujian pada penampilan fizikal seseorang, iaitu dua kali lebih tinggi daripada purata negara lain.

Penerimaan penghantaran berulang mesej apabila tidak menerima sambutan adalah tinggi baik di Malaysia mahupun secara global.

Kajian yang dilakukan sempena hari wanita sedunia oleh IPSOS sebuah badan kajian terbesar di dunia yang diasaskan di Perancis pada tahun 1975

Baik di Malaysia mahupun di tempat lain, lelaki mempunyai penerimaan yang lebih tinggi daripada wanita
kerana menggunakan bahasa seksis, menghantar imej seksual dan perkongsian intim imej seseorang tanpa persetujuan.

Kira-kira separuh daripada rakyat Malaysia berpendapat keganasan terhadap wanita sering diprovokasi oleh mangsa, lebih daripada tiga kali ganda bahagian purata negara global.

Kajian yang dilakukan sempena hari wanita sedunia oleh IPSOS sebuah badan kajian terbesar di dunia yang diasaskan di Perancis pada tahun 1975

Tambahan pula, sentimen itu hampir kepada sama dikongsi oleh kedua-dua lelaki dan wanita yang ditinjau.

Lelaki lebih cenderung daripada wanita berpendapat bahawa dakwaan penderaan dibuat oleh perempuan selalunya direka atau diada-adakan.