awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/11/2023
09:23 MYT
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Razarudin Husain berkata, pegawai berkenaan akan dipanggil untuk direkod keterangan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai berkenaan akan dipanggil untuk direkod keterangan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
"Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil pada esok (Khamis) pukul 2.30 petang," katanya di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut Razarudin memberitahu, hanya keterangan pengadu yang diambil setakat hari ini manakala saksi-saksi lain masih dalam tindakan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Berikutan itu, Maritim Malaysia dalam kenyataan turut meminta kerjasama orang ramai untuk menghentikan sebarang tindakan menular laporan polis berkenaan, serta tidak membuat sebarang spekulasi atau tohmahan yang boleh menjejaskan proses keadilan bagi semua pihak terbabit.
Sebelum itu, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan membuat mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.
Berdasarkan laporan polis yang tular itu, wanita terbabit mendakwa pegawai terbabit mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Ketua Polis Negara
#gangguan seksual
#keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan