awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual: UMFC dakwa pelaku berpengaruh, 'kebal' daripada tindakan

Nik Nuur Azam Shah
Nik Nuur Azam Shah
17/12/2024
07:29 MYT
Gangguan seksual: UMFC dakwa pelaku berpengaruh, 'kebal' daripada tindakan
Menurut kenyataan UMFC, walaupun telah membuat laporan berhubung kejadian kepada pihak pengurusan universiti, namun pelaku berkenaan seolah 'kebal daripada sebarang tindakan'. -Facebook
KUALA LUMPUR: Seorang tenaga pengajar bertaraf profesor didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap pelajar sebuah universiti ternama di ibu negara.

Ringkasan AI
  • Seorang profesor di sebuah universiti didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap pelajar.
  • UMFC mendakwa bahawa walaupun laporan telah dibuat, tiada tindakan diambil terhadap pelaku.
  • UMFC menyeru pihak universiti untuk memperbaiki dasar berkaitan gangguan seksual bagi melindungi pelajar.

Menurut kenyataan Kelab Feminisme institusi pengajian tinggi itu (UMFC), walaupun laporan telah dibuat terhadapnya, namun pelaku seolah 'kebal daripada sebarang tindakan'.
UMFC dalam kenyataan itu mendakwa profesor berkenaan yang dilapor mempunyai sejarah gangguan seksual itu telah menghantar gambar tidak senonoh kepada beberapa pelajar, namun difahamkan tiada tindakan diambil oleh pihak universiti.
“Berdasarkan maklumat daripada pelajar yang enggan dikenali, profesor ini mempunyai sejarah dakwaan gangguan seksual, tetapi masih kebal daripada sebarang tindakan.
"Hal ini mungkin berkait dengan kedudukannya yang berpengaruh dalam jabatan,” kata UMFC.
UMFC turut mendakwa bahawa beberapa salinan gambar bogel yang didakwa milik profesor tersebut telah dicetak dan ditampal di sekitar kampus oleh individu yang tidak dikenali.
Tindakan ini dipercayai bertujuan memberi amaran kepada pelajar lain mengenai tingkah laku profesor berkenaan.
Poster-poster itu walau bagaimanapun dilapor telah ditanggalkan oleh pihak tertentu.
Dalam pada itu, UMFC mendakwa terdapat profesor lain di fakulti sama yang cuba mempertahan rakan sekerja mereka.
“Melalui emel yang didakwa dihantar oleh beberapa profesor, insiden ini dianggap sebagai tindakan balas dendam dan bukan isu serius,” menurut UMFC.
UMFC menyeru pihak universiti untuk menilai semula dan memperbaiki dasar berkaitan gangguan seksual.
Kelab itu memaklumkan bahawa mereka pernah menyerahkan memorandum cadangan kepada universiti untuk memperkukuh polisi sedia ada, namun ditolak.
“Pihak universiti berpendapat polisi yang ada sudah mencukupi, malah menyatakan kebimbangan bahawa pelajar mungkin menyalahgunakan dasar tersebut untuk membuat tuduhan palsu.
"Namun, insiden terbaharu ini menunjukkan polisi yang ada tidak mampu melindungi pelajar,” tulis kenyataan UMFC yang mendesak agar siasatan menyeluruh dijalankan segera.
“Dasar yang lemah hanya akan terus mencemarkan kredibiliti universiti. Sudah tiba masanya untuk tindakan tegas diambil demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar,” tambah kenyataan itu.
Astro AWANI sedang menunggu kenyataan rasmi daripada pihak universiti ketika artikel ini diterbitkan.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#UMFC
#gambar tidak senonoh
#Kelab Feminisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan