awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera

Bernama
Bernama
21/12/2024
14:22 MYT
Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Zambry berkata, arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah mengarahkan Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti tersebut.
Beliau berkata arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan, selain kementerian juga sama sekali tidak bertolak ansur dengan salah laku yang bertentangan undang-undang negara.
"Saya juga telah mendapat maklum balas daripada Naib Canselor UM tentang langkah-langkah yang telah mereka lakukan termasuk (yang) melibatkan semua aspek perundangan. Saya juga dimaklumkan profesor yang dituduh itu juga telah membuat laporan polis.
"Maka untuk berlaku adil, biar kita serahkan kepada pihak berkuasa khususnya polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa meninggalkan sedikitpun kesan atau aspek yang boleh melemahkan siasatan. Harap semua pihak berikan kewajaran," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Zambry berkata beliau juga dimaklumkan oleh Naib Canselor bahawa universiti terlibat telah mengambil tindakan yang perlu sejak hari pertama aduan diterima, termasuk oleh Unit Integriti UM.
Mengulas mengenai dakwaan sebuah alumni semalam bahawa seorang daripada lima penuntut universiti itu pernah mengalami gangguan seksual, Zambry berkata arahan untuk mengambil tindakan segera juga dikeluarkan kepada UM kerana ia perkara serius.
"Jika dakwaan itu benar, maka UM kena mengambil tindakan segera untuk memulihkan imej universiti. Tetapi, dalam masa sama, jika laporan dikeluarkan tidak menggambarkan atau tersasar atau tidak benar, maka UM juga perlu ambil langkah seterusnya bagi memelihara nama baik UM, kerana ini secara langsung mencemarkan nama baik universiti di mata masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#universiti malaya
#siasatan
#Keadilan
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan