awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan sementara bekalan air di Rembau pada 15 April

Bernama
Bernama
13/04/2025
04:30 MYT
Gangguan sementara bekalan air di Rembau pada 15 April
Penutupan bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan Papan Suis Utama baharu serta penggantian kabel di Loji Rawatan Air Pedas, Rembau. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Bekalan air di beberapa kawasan di daerah Rembau akan ditutup sementara pada 15 April ini (Selasa) bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan Papan Suis Utama (MSB/MCC) baharu serta penggantian kabel kuasa di Loji Rawatan Air Pedas, Rembau.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu dijangka menyebabkan gangguan bekalan air bermula 8 pagi, 15 April sehingga 8 pagi keesokan harinya, 16 April.
"Antara kawasan yang terjejas ialah seluruh kawasan Industri Chembong, Taman Dato' Lela Maharaja - Chembong, Rumah Rakyat Chembong, Kampung Berkat dan Kampung Ampang Batu.
"Turut terlibat, Kampung Masjid Tanah, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Rendah, IKBN Chembong, Balai Bomba Chembong, Sekolah Kebangsaan Chembong, Sekolah Menengah Kebangsaan Sedia Raja dan Gerai Majlis Daerah Industri Chembong," menurut kenyataan itu.
SAINS memaklumkan langkah kontingensi turut disediakan sekiranya gangguan berlarutan melebihi 24 jam, termasuk penghantaran air menggunakan lori tangki serta penempatan tangki statik di kawasan terlibat.
Pemulihan bekalan air akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan kawasan berkedudukan tinggi serta penghujung sistem agihan dijangka mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya.
Orang ramai boleh menghubungi talian SAINS di 1-300-88-6982 bagi sebarang pertanyaan atau bantuan kecemasan sepanjang tempoh gangguan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Rembau
#Sains
#Loji Rawatan Air Pedas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan