Hasil siasatan berhubung kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu dijangka akan dibentangkan kepada Kabinet akhir bulan ini, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).
Kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen hari ini, memaklumkan hasil siasatan itu akan dibentangkan oleh Jawatankuasa Peringkat Kementerian Pengangkutan yang dibentuk untuk menyiasat insiden itu.
Jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
"Pada masa yang sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang unsur khianat atau sabotaj. Tertakluk kepada hasil siasatan tersebut, sebarang cadangan tindakan pendakwaan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," menurut kementerian itu.
Ia bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang ingin tahu hasil siasatan insiden tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Pada 21 Ogos lalu, kegagalan sistem Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di KLIA menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.
Sementara itu, jawapan dari kementerian turut menyebut bahawa hasil siasatan insiden berkenaan tidak boleh didedahkan memandangkan ia masih dalam siasatan dan sebarang tindakan terhadap MAHB akan hanya dipertimbangkan setelah siasatan tersebut dimuktamadkan.
"Walau apapun hasil siasatan tersebut kelak, ia tidak akan menjejaskan sebarang tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh pihak MAVCOM dan CAAM melalui peruntukan undang-undang sedia ada dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016," tambah jawapan itu.
Sebagai langkah interim dan jangka panjang, MAHB juga akan menaiktaraf sistem sedia ada ke generasi kedua TAMS sebagai sebahagian inisiatif 'Airport 4.0' yang merangkumi beberapa aspek seperti Sistem Pengurusan Lapangan Terbang Pintar dengan penggunaan pengkomputeran autonomi untuk proses Autonomous SelfHealing.
MAHB juga turut mengadakan pelaksanaan Internet of Things (IoT) menerusi algoritma Machine Learning (ML) dan Kecerdasan Buatan Sistem Pengurusan Lapangan Terbang untuk ramalan awal, pengagihan pintu-pintu secara automatik, menentukan trafik penumpang dan pengawalan secara terus semua infrastruktur yang akan memberi kesan kepada penjimatan kuasa elektrik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019

Pada 21 Ogos lalu, kegagalan sistem Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di KLIA menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi dan sistem paparan maklumat penerbangan. Foto: Bernama

16 bekas ahli UMNO cabar keputusan RoS, bukan keputusan parti politik
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 120 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 3,499 kes.

Amerika Syarikat kembali sertai rundingan global tangani isu perubahan iklim
Lebih 3,000 saintis antarabangsa akan mendesak para pemimpin dunia untuk bertindak lebih baik demi melindungi manusia daripada impak pemanasan global.

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini memberi tiga cadangan untuk merealisasikan penggunaan dana awam bagi parti-parti politik di negara ini.

Akses digital: Inisiatif Cerdik dilancarkan Februari ini
Inisiatif Cerdik yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, atau B40 akan dilancarkan Februari ini.

Politik | Penggunaan dana awam bagi parti politik
Bagi membincangkan mengenai cadangan Bersih 2.0, bersedia secara Skype adalah Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.

Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Tegas Anwar kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

COVID-19: 3,048 jangkitan baharu hari ini, KKM jangka PKP hanya 4 minggu
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan PKPB dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baru turun ke dua angka.

COVID-19 | PKPD dilaksanakan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan
Kenyataan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan.

Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Cabaran utama bekerja secara remote adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.

Tragedi Sriwijaya Air: Sistem pengangkutan udara di ambang bahaya?
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Lesen latihan penerbangan My Heli Club digantung serta-merta - Ka Siong
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penggantungan itu susulan dua insiden kemalangan membabitkan ketiga-tiga helikopter milik syarikat berkenaan baru-baru ini.

CAAM siasat kejadian kedua helikopter terhempas babit My Heli Club
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyatakan helikopter yang terhempas dalam satu insiden di Pelabuhan Klang hari ini dikendalikan oleh syarikat 'My Heli Club'.

Pesawat lakukan pendaratan cemas kerana masalah teknikal - CAAM
CAAM dalam satu kenyataan berkata, juruterbang itu sempat menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor pada jam 10.40 pagi sebelum melakukan pendaratan itu.

Kronologi tragedi helikopter terhempas di Taman Melawati
Kronologi kejadian helikopter terhempas yang mengorbankan dua jiwa di Taman Melawati, Ampang, hari ini.

Nahas helikopter Taman Melawati: BSKU mulakan siasatan, laporan awal dalam 30 hari - MOT
Laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

Industri penerbangan akan kembali rancak pasca COVID-19 - CAAM
Industri penerbangan Malaysia akan kembali bangkit dan dan dapat menyesuaikan keadaan dengan pelaksanaan SOP dan norma baru

PKP: Tidak boleh terbangkan dron, perlu dapat kebenaran
Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kekal persekitaran komersial tambah baik industri penerbangan awam negara - Mavcom
Penubuhan dan pengekalan persekitaran komersial yang adil dan kompetetif menjadi antara teras strategik untuk menambahbaik industri penerbangan awam negara dari segi ekonomik.

Mavcom boleh beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan lagi - Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) masih boleh beroperasi secara berasingan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum penggabungannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysi