awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganjaran buat bekas PM: Biar negara bankrap, yang penting imbuhan kepada yang berkhidmat - Mat Sabu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2021
05:04 MYT
Ganjaran buat bekas PM: Biar negara bankrap, yang penting imbuhan kepada yang berkhidmat - Mat Sabu
Kata Mohamad, biar negara bankrap pun tak apa, tetapi yang penting imbuhan kepada orang yang berkhidmat ini begitu penting. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu secara sinis menyifatkan imbuhan kepada bekas Perdana Menteri adalah penting walaupun negara mungkin akan bankrap disebabkan tindakan tersebut.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, imbuhan tersebut adalah berdasarkan jasa-jasa perdana menteri terdahulu.
"Memandangkan jasa Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu, boleh tak Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju dengan saya supaya Tunku Abdul Rahman diberi pampasan RM1 bilion disebabkan beliau Bapa Kemerdekaan.
"Tun Abdul Razak yang merupakan Bapa Pembangunan, kita bagi RM500 juta; Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan, cukuplah RM300 juta.
"Tun Dr Mahathir, Bapa Pembangunan Moden dan 22 tahun menjadi Perdana Menteri kita bagi imbuhan RM2 bilion. Tun Abdullah bagi RM100 juta, manakala Datuk Seri Najib bagi RM100 juta.
"Biar negara bankrap pun tak apa, tetapi yang penting imbuhan kepada orang yang berkhidmat ini begitu penting," katanya ketika mencelah perbahasan Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
"Biar negara bankrap pun tak pe...," celah YB Kota Raja, @MSabu_Official ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri @anwaribrahim bangkitkan mengenai perbelanjaan pengurusan sumber manusia pasca perkhidmatan. #AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/GeUS1pFRgn
— Astro AWANI (@501Awani) November 22, 2021
Sementara itu, Anwar dalam reaksi balasnya meminta supaya menteri bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
"Saya faham semangat hutang budi di bawa mati ini, tetapi ini beban kepada negara dan saya percaya, kalau ikut pengalaman mengenali tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak.
"Individu ini tak perlukan dana, mereka berkhidmat oleh kerana kasih kepada negara. Ini berbeza dengan yang lain.
"Jadi saya percaya, walaupun semangat itu ada, kita tahu peruntukan undang-undang (sedia ada), saya minta menteri beri penjelasan berkenaan apa yang berlaku, berapa yang diperolehi dan mengapa jemaah menteri boleh bersetuju dengan mudah kemudahan-kemudahan yang diberikan," katanya.
BACA: Isu Najib, HSR, Bajet 2022: Guan Eng minta undi belah bahagian terhadap JPM
Pada Khamis lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada Najib yang ketika ini menunggu untuk 'dimuktamadkan', sekali gus menyebabkan kenyataan beliau itu dipersoal segelintir Ahli Parlimen.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat pula mengesahkan kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menganugerahkan Najib sebidang tanah dan rumah yang dilaporkan bernilai RM100 juta.
BACA: Menteri Kewangan sahkan Najib mohon rumah, tanah bernilai RM100 juta
BACA: 'Hadiah' rumah, tanah bernilai RM100 juta kepada Najib Razak 'panaskan' Dewan Rakyat
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mohamad Sabu
#Najib Razak
#Najib RM100 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan