Hampir tiga bulan selepas kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), waris penumpang dari beberapa negara akan melancarkan kempen pendanaan orang ramai (crowd-funding) untuk mengutip US$5 juta (RM16 juta) pada Isnin melalui laman web Indiegogo.
Daripada jumlah itu, RM$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu. Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.
Kempen yang dikenali sebagai "Reward MH370: The Search for the Truth", adalah usaha bersama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India kerana kecewa dengan kekurangan makluamat dan bukti yang kukuh tentang pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.
Sarah Bajc, seorang warganegara Amerika Syarikat dimana teman lelakinya, Philip Wood, 50, merupakan salah satu penumpang yakin bahawa "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."
"Kami mengambil initiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Tetapi tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbar USA Today.
Guru pengajian perniagaan yang berpangkalan di Beijing berkata ganjaran US$2 juta adalah untuk perkhidmatan penyiasatan "tidak akan pergi jauh" tetapi berkata ahli keluarga akan mengambil pendekatan yang berbeza daripada pasukan carian antarabangsa.
"Jelas sekali, mereka sudah menghabiskan US$100 juta dolar dan masih tidak temui apa-apa. Tetapi kita tidak akan pendekatan menggunakan bot di lautan, kita mengambil pendekatan menggunakan kecerdasan manusia.
"Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu. Jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ini tidak akan selesai," katanya.
Sementara itu, waris penumpang di Malaysia meminta satu mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 Datuk Hamzah Zainuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai aspek-aspek tertentu yang ditugaskan kepada jawatankuasa itu.
"Kami ingin tahu dengan jelas tentang pelan khusus Jawatankuasa itu dan tindakan berterusan dalam membantu kami untuk melalui masa yang sukar ini.
"Kami juga ingin berbincang dengan Hamzah tentang aspek yang kami memerlukan bantuan dan juga satu taklimat oleh beliau atau bersama Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengenai maklumat terkini berhubung dengan misi pencarian MH370,” kata kumplan itu dalam satu kenyataan media.
Pada Rabu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia akan menghantar delegasi ke Canberra, Australia dalam masa terdekat bagi membincangkan maklumat terkini operasi pencarian pesawat MAS MH370, termasuk kos, di lokasi baharu.
Delegasi itu akan diketuai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan disertai tiga lagi timbalan menteri yang mengetuai jawatankuasa peringkat kementerian masing-masing berkaitan operasi mencari pesawat berkenaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'.
Syafique Shuib
Fri Jun 06 2014
GANJARAN: US$2 juta akan digunakan untuk membiayai penyiasat persendirian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ganjaran US$3 juta kepada pemberi maklumat MH370
Ahli-ahli keluarga melancarkan kempen pendanaan orang ramai untuk mengumpul US$5 juta untuk maklumat terkini tentang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.