awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantian percuma sijil nikah, cerai dan rujuk bagi 10,000 mangsa banjir Pahang

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2021
06:33 MYT
Gantian percuma sijil nikah, cerai dan rujuk bagi 10,000 mangsa banjir Pahang
Wan Rosdy berkata, penggantian secara percuma itu melibatkan anggaran 8,000 sijil nikah, 1,500 sijil cerai dan 500 sijil rujuk. - Gambar fail
KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang yang kehilangan dokumen seperti sijil nikah, cerai dan rujuk, boleh mendapatkan semula salinannya secara percuma bermula 3 Januari sehingga 28 Februari tahun hadapan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, individu terlibat boleh berurusan dengan 14 Pejabat Agama Islam Daerah tanpa perlu membuat temu janji dan inisiatif ini melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000.
Tambah Wan Rosdy, kerajaan sangat mengambil berat kemaslahatan masyarakat Islam yang terjejas dengan banjir yang dianggarkan seramai 10,000 keluarga.
"Pelaksanaan program penggantian semula sijil nikah, cerai dan rujuk yang musnah akibat banjir secara percuma dianggarkan melibatkan 10,000 keluarga Islam.
"Kerajaan negeri bersetuju mempertuntukkan lebih kurang RM200,000 bagi tujuan tersebut. Mereka yang (berepan masalah) kemusnahan dokumen ini bolehlah berurusan dengan 14 buah pejabat agama Islam daerah bagi proses pencarian secara percuma bermula 3 Januari hingga 28 Februari 2022," jelasnya.
Wan Rosdy berkata sedemikian pada sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada Rabu.
Dokumen berkenaan adalah penting bagi melakukan sebarang urusan berkaitan pada masa hadapan.
Lazimnya, caj carian dan salinan dokumen tersebut ialah RM20 setiap satu dokumen.
Penggantian secara percuma itu melibatkan anggaran 8,000 sijil nikah, 1,500 sijil cerai dan 500 sijil rujuk.
Topic Berkaitan
#sijil nikah
#mangsa banjir
#sijil cerai
#gantian percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan