PUTRAJAYA: Pengilang pembungkusan minyak masak bersubsidi bakal berdepan tindakan digantung operasi dan lesen ditarik balik jika didapati menyeludup bekalan itu ke negara jiran, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata tindakan itu boleh diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika terdapat bukti kukuh, mengikut peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
"Kalau daripada hasil siasatan KPDNHEP kita ada bukti, maka pengilang boleh dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada," katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan serta pemantauan harga barang bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini berhubung kemungkinan ketirisan minyak masak bersubsidi ke negara jiran itu didalangi pengilang yang membuat pembungkusan barang kawalan tersebut.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia dilaporkan berkata siasatan pasukan khas tersebut mendapat bukti cukup berkait ketirisan minyak masak bersubsidi yang cukup besar ke negara jiran.
Akta 122 dikuatkuasakan bagi mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan bekalan mencukupi serta memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana individu menyorok atau enggan menjual barang kawalan.
Nanta berkata isu itu turut dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dengan cadangan agar agensi penguatkuasaan berkaitan membantu KPDNHEP untuk membanteras aktiviti penyeludupan terbabit.
"KPDNHEP harap sangat kerjasama daripada agensi penguatkuasanan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera dalam isu ini," katanya.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata lebih 3,000 sukarelawan belia yang berdaftar dengan Majlis Belia Malaysia akan melakukan pemantauan terhadap sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga barangan di pasaran.
Menurutnya, sukarelawan terbabit akan melaporkan salah laku peniaga melalui enam saluran aduan rasmi KPDNHEP iaitu portal eaduan.kpdnhep.gov.my, talian 1-800-886-800, WhatsApp 019-2794317 dan 019-848 8000, [email protected] Ez Adu KPDNHEP dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Nanta berkata tindakan itu boleh diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika terdapat bukti kukuh. - Gambar/ Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Minyak masak peket subsidi Malaysia dijual RM5 sepeket di Tak Bai
Minyak masak peket bersubsidi dari negara ini didakwa masih dijual di kedai-kedai di tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.
Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu
Premis makanan di Alor Hajah berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
AGC tolak representasi anak bekas menteri
AGC menolak representasi yang dikemukakan oleh anak kepada bekas menteri berhubung pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi dihadapinya tahun lalu.
Keputusan representasi anak bekas menteri diketahui 20 September
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 September depan untuk keputusan representasi yang dikemukakan dua bekas pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri.
Minyak masak subsidi: Kerajaan pertimbang pelbagai perkara sebelum laksana penguatkuasaan - PM
Perdana Menteri berkata ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh 'Makcik Goreng Pisang.'
Gantung operasi, tarik lesen pengilang seludup minyak masak subsidi ke Thailand
Pengilang pembungkusan minyak masak bersubsidi bakal berdepan tindakan digantung operasi dan lesen ditarik balik jika didapati menyeludup bekalan itu ke negara jiran.
Campur minyak masak subsidi dengan 'minyak sembahyang' untuk kaut untung
Suspek berusia 50-an ditahan ketika serbuan di rumah teres di Taman Seri Murni, Sungai Dua, di sini, tengah hari tadi.