awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
10/11/2024
08:55 MYT
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Mohamad berkata penggantungan berkenaan telah dibincangkan bersama dengan Ahmad Zahid sebelum keputusan dicapai. - Gambar fail
IPOH: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Beliau berkata penggantungan berkenaan telah dibincangkan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum keputusan dicapai.
"Spekulasi yang dimainkan ialah Amanah (Parti Amanah Negara) mahu kuasai NAFAS dengan membuang semua orang UMNO dalam NAFAS... ia (sebenarnya) tiada kena-mengena dengan politik dan Datuk Seri Ahmad Zahid (juga) bersetuju dan sokong (bahawa ia tidak membabitkan politik).
"Kita mahu membuat perubahan tatakelola yang lebih baik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2024, di sini hari ini.
Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa 1 Nov lepas bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan berkenaan dengan arahan dikeluarkan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi serta fungsinya.
Khamis lepas bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat NAFAS.
Sementara itu Mohamad berkata ahli majlis penasihat baharu merangkumi pengerusi, tiga orang anggota majlis penasihat dan lima orang pentadbir telah menjalankan tugas dan akan merangka struktur serta reformasi baharu NAFAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NAFAS
#UMNO
#Amanah
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan