awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara elak lembu, ADUN Bukit Besi kemalangan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/12/2018
03:00 MYT
Gara-gara elak lembu, ADUN Bukit Besi kemalangan
Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terbalik selepas dipercayai mengelak ternakan yang melintas. - PDRM
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan berkata nahas berlaku di Kilometer 20 Jalan Dungun-Bukit Besi kira-kira jam 11.35 malam Khamis.
Katanya, ketika kejadian, mangsa yang memandu Mitsubishi Pajero dalam perjalanan dari Bukit Besi menghala ke Dungun.
"Sejurus tiba dilokasi nahas mangsa dipercayai telah mengelak lembu yang melintas jalan, seterusnya menyebabkan kenderaan mangsa terbabas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Susulan itu kereta ADUN berkenaan berpusing dan terbalik ke bahu jalan.
Impak daripada kemalangan itu juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan sebelah kanan dan sakit belakang.
Sementara itu, Abd Razak turut mengingatkan orang ramai di kawasan tersebut agar sentiasa berwaspada dengan kehadiran ternakan yang berkeliaran termasuk di Laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).
Topic Berkaitan
#adun bukit besi
#kemalangan
#roslee daud
#ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan