awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara tersilap tukar siaran TV, abang naik angin belasah adik

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/12/2022
07:27 MYT
Gara-gara tersilap tukar siaran TV, abang naik angin belasah adik
Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa yang berang dengan tindakan adiknya itu bertindak memukulnya selain mengeluarkan ugutan jenayah. - Foto fail/Sinar Harian
AMPANG JAYA: Seorang abang tergamak memukul adik kandungnya gara-gara tersalah menukar siaran televisyen di sebuah unit pangsapuri di Taman Bukit Permai, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa yang berang dengan tindakan adiknya itu bertindak memukulnya selain mengeluarkan ugutan jenayah.
"Suspek menumbuk badan dan mulut mangsa. Selain itu dia juga bertindak menampar serta melakukan ugutan jenayah ke atas mangsa sambil berkata 'dah cukup bagus aku tak bunuh kau'," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mohamad Farouk memberitahu, semakan mendapati, penganggur itu mempunyai dua rekod jenayah senarai tidak dikehendaki sementara ujian air kencing didapati negatif.
Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berpunca ekoran tidak puas hati dengan mangsa.
Justeru katanya, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di rumah mereka kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
"Kita menahan reman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," ujarnya.
Kes itu menurutnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara bagi kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja, suspek disiasat mengikut Seksyen 323 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#mendatangkan kecederaan
#ugutan jenayah
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan