MALAYSIA
Gara-gara ikut aplikasi navigasi, bas langgar palang had ketinggian, tujuh cedera

Keadaan bas dipandu lelaki berusia 62 tahun selepas melanggar penghadang ketinggian di Jalan Mutiara, Putra Mahkota Bangi. -Foto IPD Kajang
KAJANG: Tujuh individu termasuk pemandu cedera selepas sebuah bas ekspres melanggar palang besi penghadang had ketinggian di Jalan Mutiara, Putra Mahkota Bangi, dekat sini, kira-kira jam 11.25 malam, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Sebuah bas ekspres melanggar palang besi penghadang had ketinggian di Jalan Mutiara, Bangi, menyebabkan tujuh individu cedera termasuk pemandu.
- Pemandu dipercayai menggunakan aplikasi Waze dan tidak menyedari laluan tersebut mempunyai penghadang; mangsa dihantar ke dua hospital berbeza.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam diminta tampil membantu siasatan.
"Insiden itu menyebabkan tujuh orang mengalami kecederaan, termasuk pemandu bas. Empat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang manakala tiga lagi dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
"Mereka yang cedera terdiri daripada tiga wanita dan empat lelaki,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.
Naazron memberitahu, penumpang lain yang tidak mengalami sebarang kecederaan dihantar pulang ke destinasi masing-masing oleh ahli keluarga yang tiba di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 012-5897115 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera, bagi membantu siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami