awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara najis burung, wanita cuba lerai perbalahan bapa dengan jiran cedera terkena sabit

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/04/2021
21:15 MYT
Gara-gara najis burung, wanita cuba lerai perbalahan bapa dengan jiran cedera terkena sabit
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth dan doktor mengesahkan dia mengalami luka pada bahagian atas mata sebelah kiri. - Foto PDRM
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita cedera terkena libasan sabit ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dengan jiran dalam kejadian di rumah mereka di Taman Permatang Tinggi Indah, Bukit Mertajam, petang Isnin.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.10 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun mendapati jirannya berusia 42 tahun bertengkar dengan bapanya.
Pergaduhan dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap bapa mangsa yang melepaskan air basuhan najis burung merpati sehingga masuk ke halaman rumahnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad, berkata berikutan itu, suspek yang tinggal bersebelah rumah bapa mangsa dipercayai bertindak memarahi bapa mangsa.
Shafee berkata, suspek yang berang ketika itu sedang memegang sebilah sabit kecil dan mengacukan senjata itu ke arah bapa mangsa berusia 52 tahun.
"Bimbang sabit itu terkena bapanya, wanita itu cuba menghalang namun sabit tersebut terkena pada dahinya pada sebelah kiri sebelum suspek melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan tengah malam Isnin.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth dan doktor mengesahkan dia mengalami luka pada bahagian atas mata sebelah kiri.
Shafee berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui sebilah sabit dan kesan darah.
Polis kini sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#dilibas parang
#najis burung
#wanita cedera
#terkena libasan sabit
#cuba lerai pergaduhan
#bapa
#jiran
#Taman Permatang Tinggi Indah
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan