NILAI: Garis panduan proses pengambilan pelajar tingkatan enam oleh Pengetua Pusat Tingkatan Enam yang kini diberi kuasa autonomi dijangka dapat disiapkan minggu hadapan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.
Beliau berkata ia bagi memastikan setiap pengetua ini mempunyai panduan secukupnya dalam membuat penilaian terhadap pelajar yang layak, seterusnya menawarkan tempat.
"Sebenarnya perkara ini telah berlaku dulu, kemasukan ke sekolah berasrama penuh pernah kita beri autonomi kepada pengetua, begitu juga kepada kolej vokasional. Tempat yang kita sediakan masih ada lebihan jadi kita boleh menerima mereka masuk.
"Sekarang ini kita utamakan pelajar yang membuat rayuan yang akan masuk menerusi pengetua ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional ke-30 Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Malaysia MADANI, di sini hari ini.
Semalam Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam menjalankan proses pengambilan pelajar, berkuat kuasa serta-merta.
Fadhlina berkata langkah tersebut membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM seperti tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Pkharuddin berkata ia bagi memastikan setiap pengetua ini mempunyai panduan secukupnya dalam membuat penilaian terhadap pelajar yang layak, seterusnya menawarkan tempat. - Bernama
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
KKR mengesyorkan pihak berkaitan supaya mengkaji kaedah bagi memendekkan tempoh mana-mana projek pembinaan di negara ini, yang mengambil masa lama untuk disiapkan demi kepentingan rakyat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
Garis panduan pengambilan pelajar tingkatan enam siap minggu hadapan
Ia bagi memastikan setiap pengetua mempunyai panduan secukupnya dalam membuat penilaian terhadap pelajar yang layak, seterusnya menawarkan tempat.