KUALA LUMPUR: Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dijangka dimuktamadkan akhir April ini.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata garis panduan yang dibuat susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali hujang tahun lepas itu mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pelbagai agensi yang berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengusaha tapak perkhemahan.
"GPP ini memberikan fokus kepada aktiviti perkhemahan jenis asas, iaitu perkhemahan yang menggunakan khemah yang didirikan di kawasan semula jadi dengan kemudahan asas minimum serta kelengkapan, peralatan dan makanan yang perlu dibawa sendiri oleh peserta.
"Antara aspek penting berkaitan perancangan dan kawalan kesesuaian tapak perkemahan yang digariskan adalah keselamatan tapak dengan menentukan jarak yang sesuai dari kawasan larangan dan sensitif alam sekitar, keadaan topografi dan tahap kecerunan yang sesuai, serta struktur kekuatan tanah," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KPKT di Dewan Rakyat hari ini.
Nga berkata draf GPP itu juga menyentuh aspek berkaitan pematuhan perundangan di bawah bidang kuasa PBT dan agensi berkaitan seperti kelulusan permit sementara bangunan, lesen perniagaan, permit papan tanda dan iklan serta permit menjalankan aktiviti luar atau ekstrim.
Sementara itu Nga berkata KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus mengkaji dan menilai aspek keselamatan kepada anggota-anggota bomba sewaktu menjalankan tugas agar dapat menghindari sebarang insiden tidak dingini.
Beliau berkata kementerian sentiasa memandang serius berhubung aspek keselamatan anggota bomba sewaktu menjalankan tugas sama ada gangguan ataupun serangan secara fizikal oleh mana-mana pihak yang boleh mendatangkan kecederaan.
"Pada tahun 2018, kementerian melalui JBPM telah meminda dan memperkemas Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) berkaitan mengganggu pegawai bomba dalam melaksanakan tugasnya, yang denda telah dinaikkan daripada tidak melebihi RM5,000 kepada tidak melebihi RM50,000 manakala hukuman penjara dinaikkan dari tempoh tidak melebihi tiga tahun kepada tidak melebihi lima tahun, jika disabit kesalahan," katanya.
Beliau menjawab cadangan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) ketika perbahasan usul berkenaan supaya kerajaan menambah bilangan anggota bomba dan memperkasa akta sedia ada untuk melindungi anggota bomba yang menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan dimuktamad April ini
Draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka dimuktamadkan akhir April ini.