NATIONAL
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai

Mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan anggota keselamatan selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Amer, Besut pada pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
BESUT: Seorang penuntut universiti nyaris maut apabila kereta dipandu terbabas dan terjunam ke dalam sungai dalam kejadian di Jalan Kampung Amer, di sini pada Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang penuntut UiTM cawangan Perlis terlibat nahas di Jalan Kampung Amer apabila Perodua Myvi dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai ketika dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
- Mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai, pihak bomba dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut.
- Mangsa dihantar ke Hospital Besut dan berada dalam keadaan stabil. Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
"Sebaik melalui lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa telah terbabas dan masuk ke dalam sungai.
"Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai, pihak bomba dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut," katanya di sini pada Ahad.
Jelas Abdul Rozak, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku kerana mangsa tidak biasa melalui jalan di kawasan berkenaan.
"Mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Besut dan berada dalam keadaan stabil.
"Kes ini disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami