Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mewujudkan garis panduan untuk pusat jagaan warga emas khususnya bagi mereka yang beragama Islam selepas Rang Undang-Undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Negara pada Selasa.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata usaha itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) terbaik agar pusat jagaan tersebut menepati keperluan golongan tersebut.
"Garis panduan tersebut masih diperhalusi. Jakim akan memimpin untuk memberi taklimat terutamanya kepada semua pusat jagaan yang penghuninya beragama Islam," katanya ketika menggulung perbahasaan RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 pada persidangan Dewan Negara.
RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 meminda Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) bertujuan mewujudkan akta khusus bagi penjagaan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas dalam memastikan pusat jagaan warga emas di negara ini dapat dikawal selia dengan lebih rapi.
Rohani berkata KPWKM dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju supaya satu akta khusus penjagaan kesihatan warga emas digubal iaitu Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang dicadangkan KKM.
-- BERNAMA
Malissa Sahari
Tue Dec 19 2017
KPWKM akan mewujudkan garis panduan untuk pusat jagaan warga emas khususnya bagi mereka yang beragama Islam . - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Garis panduan pusat jagaan warga emas bakal diwujudkan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mewujudkan garis panduan untuk pusat jagaan warga emas khususnya bagi mereka yang beragama Islam.