awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS

Bernama
Bernama
31/03/2022
06:42 MYT
Garis panduan sukan elektronik dilancar tahun ini - KBS
Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, garis panduan berkenaan sedang dirangka dengan kerjasama agensi dan kementerian berkaitan termasuk pemain dan pasukan profesional. - KBS
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membangunkan garis panduan pengawalseliaan Sukan Elektronik (e-sukan) yang dijangka dilancarkan tahun ini, dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat kepada penggiat sukan itu.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, garis panduan berkenaan sedang dirangka dengan kerjasama agensi dan kementerian berkaitan termasuk pemain dan pasukan profesional.
"Usaha mewujudkan garis panduan ini merupakan satu permulaan penggubalan khusus kepada sistem pentadbiran dan peraturan industri e-sukan yang lebih mampan.
"Menerusi garis panduan berkenaan, KBS bermatlamat melahirkan pemain sukan elektronik yang lebih bertanggungjawab dan lebih beretika serta mewujudkan pengukuhan undang-undang tadbir urus yang baik bagi semua peringkat urusan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengenai langkah kementerian untuk mengawal selia e-sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan belia di negara ini.
Sementara itu, Ti berkata Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dengan kerjasama KBS sedang berusaha menaik taraf studio e-sukan di setiap negeri untuk dijadikan pusat penganjuran kejohanan sukan berkenaan yang bersifat studio dalam talian.
"Secara tidak langsung studio ini mampu memberi pekerjaan kepada belia yang berminat dalam bidang e-sukan," katanya bagi menjawab soalan asal Arman Azha mengenai usaha kementerian menjadikan e-sukan sebagai antara kerjaya anak muda pada masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#e-sukan
#sukan elektronik
#ti lian ker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan