awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gas helium jika dicampur undang bahaya - Dr Wan Azizah

Bernama
Bernama
13/10/2019
23:00 MYT
Gas helium jika dicampur undang bahaya - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah beramah mesra bersama sebahagian penerima daripada 24 keluarga mangsa kebakaran Pandan Jaya ketika menghadiri Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Hulu Langat di Pandan Indah, 13 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Insiden belon meletup di Dataran Putrajaya pada Sabtu, berkemungkinan berpunca daripada gas helium yang dicampur bagi menjimatkan kos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata sekiranya bahan tersebut dicampur, sebarang kemungkinan boleh berlaku sehingga mengundang bahaya.
"Helium ini setahu saya 'inert' tetapi kalau dicampurkan untuk kurangkan kos, itu menyebabkan masalah.
"Dan kita kalau tahu itu 'flammable', jangan gunakan apa-apa api yang 'life' termasuk pemetik api dan rokok," katanya selepas majlis penyampaian surat Tawaran Rumah Transit Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini pada Ahad.
Insiden belon meletup dipercayai berisi gas helium selepas selesai Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya semalam menyebabkan 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa berusia antara empat hingga 30-an melecur.
Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan pengunjung berebut memotong tali yang mengikat tiga gugusan belon termasuk menggunakan pemetik api.
Daripada jumlah itu, lima mangsa dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun masih dirawat di wad Hospital Putrajaya kerana kecederaan melecur tahap dua.
Bagi mengelak insiden sama berulang, Dr Wan Azizah mengingatkan orang ramai agar tidak merokok dan menggunakan pemetik api secara sengaja atau tidak, ketika berada berdekatan belon helium yang menjadi 'prop' pada sebarang majlis.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sehingga kini, empat pesakit stabil dan akan dibenarkan keluar wad selepas menjalani pemeriksaan rapi daripada doktor.
"Mereka adalah tiga dewasa dan seorang kanak-kanak. Pesakit kini stabil namun masih perlukan rawatan lanjut kerana luka," katanya.
Susulan insiden itu, beliau berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan kaunseling segera kepada mangsa terlibat yang trauma.
Dr Wan Azizah berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan timbalannya Teo Nie Ching berhubung garis panduan keselamatan bagi mengelak insiden itu berulang pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahaya
#belon helium
#flammable
#gas yang dicampur
#jimat kos
#Kanak-kanak
#kaunseling
#keselamatan
#luka
#mangsa
#Maszlee Malik
#melecur
#pemetik api
#pendidikan
#Putrajaya
#rawatan
#rokok
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan