ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Februari 2026.
Advertisement
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersedia dan terbuka sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan berhubung isu pemilikan saham yang dikaitkan dengannya.
2. Ekonomi Malaysia berkembang 6.3% pada S4, catat 5.2% seluruh tahun 2025
Ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding 5.4 peratus pada suku ketiga, didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang mantap.
3. Mayat dikerat tujuh: Suspek 70-an dicekup kurang 24 jam
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an yang disyaki terbabit dalam pembunuhan kejam seorang wanita, dengan mayat mangsa dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di Indah Permai pada Rabu.
4. Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2 peratus pada 2025
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2025 masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 2 peratus, berbanding 1.8 peratus pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
5. Bersih gesa Azam bercuti, digantung tugas sementara siasatan isu saham
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digesa agar bercuti atau digantung tugas sementara siasatan dijalankan berhubung dakwaan pemilikan 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat.
6. Lebih 50 akaun dikenal pasti sebar naratif provokasi- Fahmi Fadzil
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok yang dipercayai terlibat dalam penyebaran kandungan berunsur provokasi perkauman sejak 24 jam lalu.
7. Selepas 21 hari di Penjara Kajang, Da’i Syed dibebaskan sementara
Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, Mahkamah Rayuan di sini membenarkan pendakwah selebriti Da’i Syed dibebaskan sementara pada Jumaat.
8. Jawatankuasa khas ditubuh siasat dakwaan babit Azam Baki - Fahmi
Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang dilaporkan memegang sejumlah besar saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
9. Beri ruang siasatan isu Azam Baki - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ruang diberikan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
10. "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung
Papa Zola The Movie muncul sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung.