awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza menangis ketika menyambut 'Eid Fitri Mubarak'

Kenyataan Media
Kenyataan Media
12/05/2021
13:30 MYT
Gaza menangis ketika menyambut 'Eid Fitri Mubarak'
Bukan mercun yang didengari tetapi ledakan bom peluru berpandu dari jet askar Israel yang membawa maut kepada warga awam Gaza. - Gambar/ AP NEWSROOM
Kami tidak mungkin dapat merasa kepedihan rakyat Gaza yang dalam beberapa jam lagi akan menyambut Syawal, terpaksa melalui penderitaan yang sangat parah.
Serangan bertubi-tubi dari bom yang mensasar rakyat biasa oleh tentera zalim Israel sehingga memusnahkan kediaman, membunuh puluhan termasuk kanak-kanak dan mencederakan ratusan sehingga jam Ramadan berakhir di Malaysia.
Bukan mercun yang didengari tetapi ledakan bom peluru berpandu dari jet askar Israel yang membawa maut kepada warga awam Gaza.
Di kala takbir Syawal bermula di Malaysia, tidak ada sambutan Aidilfitri di Gaza.
Hanya jeritan ibu yang kehilangan anak yang diragut nyawa oleh keganasan Israel.
Tidak kelihatan sebarang usaha negara luar cuba menyelamatkan nyawa rakyat Gaza. Gaza sekali lagi akan berlumuran darah.
Kemusnahan rumah, prasarana awam terpaksa dibina semula yang akan memakan masa bertahun lagi. Bina, musnah, bina lagi, musnah lagi. Itulah realiti yang terpaksa dideritai rakyat Gaza.
Malangnya setelah lebih 14 tahun Gaza dikepung dan terputus dari dunia luar, ia terus menjadi penjara terbuka terbesar di dunia. Sekitar dua juta penduduk berada di Gaza yang diperkira sebagai kawasan terpadat di dunia.
Sementera Hamas dan kelompok fraksi pejuang yang lain setakat ini mampu mengejutkan Israel dengan serangan balas di luar jangka akan tetapi negara luar tidak boleh memerhati tanpa berbuat apa-apa untuk melindungi Gaza. Israel nekad untuk menyerang secara rambang penduduk Gaza dan tidak mempedulikan sama sekali undang-undang antarabangsa .
Soalnya, dengan jenayah terang-terangan yang dilakukan oleh Israel kenapa negara Islam tidak mengambil tindakan konkrit untuk menyekat keganasan terhadap Palestin dan Masjid Al Aqsa?
Negara yang telah menjalinkan perhubungan dengan Israel dalam skema normalisasi yang ditaja oleh Amerika Syarikat kini perlu sedar, inilah natijah yang terpaksa mereka terima. UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi telah melakukan kesilapan besar bila sanggup menjadi budak kepada Israel.
Harga yang terpaksa dibayar oleh negara-negara ini yang telah mengkhianati perjuangan Palestin ialah pencerobohan ke atas Al Aqsa dan pengusiran dan pembunuhan rakyat Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.
Kami tidak dapat melihat sebarang jalan keluar melainkan seluruh negara Islam perlu mengisytiharkan perang ke atas Israel sehingga ia tunduk dan menyerah kembali hak rakyat Palestin dan hak Muslimin ke atas Baitulmaqdis dan Masjid Al Aqsa.
Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden MAPIM
Topic Berkaitan
#Gaza
#penderitaan rakyat Gaza
#serangan
#Israel
#Zionis
#Aidilfitri
#syawal
#bukan mercun
#bom
#serangan senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan