awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GEG: "Saya sudah buat yang terbaik, terpulang kepada kerajaan baharu" - KJ

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/10/2022
08:15 MYT
GEG: "Saya sudah buat yang terbaik, terpulang kepada kerajaan baharu" - KJ
Khairy Jamaluddin akan tetap menyokong pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG) meskipun tidak memegang sebarang jawatan selepas ini. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin akan tetap menyokong Dasar Generasi Penamat (GEG) serta Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 meskipun tidak mempunyai apa-apa jawatan selepas ini.
Menurut Menteri Kesihatan itu, beliau telah melakukan yang terbaik dalam memperjuangkan dasar tersebut dan selebihnya terpulang kepada kerajaan baharu yang bakal dibentuk kelak.
"Saya akan terus menyokong supaya GEG ini dibawa ke Parlimen dalam apa jua kedudukan saya selepas ini.
“Kita perlu terima hakikat bahawa Parlimen yang baharu ini akan terbentuk dengan ahli-ahli baharu jadi kita tidak boleh berpendirian kerajaan yang terbentuk akan setuju (secara) automatik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di Putrajaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Khairy menegaskan, kerajaan serta Menteri Kesihatan akan datang tidak seharusnya tunduk terhadap syarikat pengeluar produk tembakau.
Katanya, pihak tersebut telah banyak mempengaruhi Ahli Parlimen termasuk pengamal media sehingga mencetuskan kebimbangan berhubung RUU berkenaan.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijadualkan untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat pada minggu hadapan.
Bagaimanapun, Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen penggal ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Topic Berkaitan
#GEG
#Parlimen
#Khairy Jamaluddin
#tembakau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan