awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gegaran dirasai di Ranau, gempa bumi lemah berlaku di Kundasang

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/04/2022
03:58 MYT
Gegaran dirasai di Ranau, gempa bumi lemah berlaku di Kundasang
Gempa bumi lemah berukuran 3.7 skala richter itu dilaporkan berlaku pada jam 9.28 pagi.
RANAU: Satu kejadian gempa bumi lemah berlaku di Kundasang, Ranau pada pagi Selasa, bagaimanapun keadaan dilaporkan terkawal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, gempa bumi lemah berukuran 3.7 skala richter itu dilaporkan berlaku pada jam 9.28 pagi.
Susulan itu, kata Ridwan pihaknya telah membuat pemantauan di sekitar pekan Ranau.
"Setakat ini, pihak bomba tiada menerima aduan tentang gempa bumi itu bagaimanapun BBP Ranau ada melakukan pemantauan di kawasan Pekan Ranau.
"Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang.
Gegaran telah dirasai di sekitar daerah Ranau, bagaimanapun tiada ancaman tsunami telah dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Kundasang
#Balai Bomba Penyelamat Ranau
#ancaman tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan