Gelandangan, banduan dan Orang Asli adalah antara golongan yang akan turut terlibat dalam pelaksanaan program KL Baca yang disemarakkan selaras dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, mekanisme baharu itu termasuk menyediakan kemudahan dan bahan bacaan di penjara selain mewujudkan suasana baharu di lorong-lorong sekitar ibu negara.
"Langkah ini bagi mewujudkan budaya membaca di kalangan setiap lapisan masyarakat. Golongan kaum Asli, banduan, pendatang asing pun boleh terlibat. Malah, ada juga lorong-lorong yang kita akan namakan berdasarkan kepada book capital of the world yang sebelum ini.
"Jadi kita akan cuba dapatkan bandar itu untuk menjadi sebagai penaja bagi memastikan kita boleh bawa buku-buku dari bandar berkenaan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengiktirafan Kuala Lumpur Sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Pada majlis itu, Malaysia turut menerima sijil pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 daripada Ketua Penerbitan dan Bahagian Penjenamaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Ian Denison.
Selain itu, aktiviti pembacaan akan turut disemarakkan di kalangan golongan kurang upaya (OKU), anak-anak yatim, dan individu terlibat dalam pemulihan akhlak.
Dengan mengangkat slogan "KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan", program itu berdasarkan lima teras utama termasuk mengadakan mengadakan kepelbagaian aktiviti membaca, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai destinasi perbukuan masyarakat dan pendidikan sepanjang hayat.
Tambah Khalid, kementeriannya mensasarkan untuk mewujudkan pusat pembacaan di 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menjayakan program KL Baca.
"Selain daripada adanya pusat komputer, kita akan adakan bilik membaca di PPR. Ia akan dilakukan DBKL melalui peruntukannya," kata beliau.
Sejak 2001, 19 bandaraya terpilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia iaitu paling terakhir, Bandaraya Sharjah pada 2019.
Pada September lalu, Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay mengumumkan dalam satu kenyataan, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 berdasarkan saranan Jawatankuasa Penasihat Kota Buku Dunia.
Sambutan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 akan bermula pada 23 April 2020 yang juga merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Rahimah Abdullah
Mon Nov 12 2018
Khalid (kanan) bersama Denison pada majlis pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 di Menara DBKL hari ini. - BERNAMA
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Ia selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Tahanan Palestin sifatkan penjara Israel sebagai 'malapetaka'
Banduan dibiarkan kelaparan dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan sel mereka.
924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.
Belanjawan 2024: Jabatan Penjara perkasa banduan dengan kemahiran TVET
Jabatan Penjara Malaysia bertekad untuk memperkasakan banduan dengan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
1,020 banduan hukuman mati, penjara seumur hidup boleh fail semakan
Seramai 1,020 banduan yang telah dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat boleh memfailkan permohonan di mahkamah untuk membuat semakan kepada hukuman masing-masing.