SHAH ALAM: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi dan maklumat terkini berkaitan gelombang baharu COVID-19 yang bakal melanda Malaysia.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan bekerjasama dengan pemain industri untuk mengemas kini arahan selanjutnya.
“Kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak boleh dipandang ringan dan kita berdoa agar Malaysia masih terkepung dan kita tidak menghadapi kesulitan seperti yang kita hadapi sebelum ini,” katanya selepas melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) melalui agensinya, Pelancongan Malaysia pada Jumaat.
Terdahulu, Khairy memaklumkan, gelombang baharu COVID-19 di negara ini berkemungkinan berlaku lebih awal berbanding tempoh antara dua atau tiga bulan seperti diumumkan sebelum ini.
Menurutnya, ia bukan bertujuan menimbulkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat, sebaliknya mengambil kira langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak.
Sementara itu, Nancy berkata, mengenai Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, yang baharu dilancarkan itu merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0), merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Industri Pelancongan yang melibatkan pengagihan insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.
Katanya, ia melibatkan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Selam Skuba Malaysia (MSDA), dan Persatuan Kampungstay & Homestay Malaysia (MKHA).
Tambahnya lagi, pelan pemulihan itu dijangka membantu pemain industri untuk terus berdaya saing dalam memulihkan industri pelancongan domestik kerana ketiga-tiga inisiatif berkenaan akan memanfaatkan kira-kira 54,000 pengguna membabitkan penawaran pakej pelancongan dan baucar menarik dengan sasaran jualan keseluruhan RM6.75 juta.
“Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menangani masalah inflasi dan ekonomi yang tidak menentu.
“Kami mahu rakyat Malaysia melancong ke dalam negara dan membelanjakan wang di negara ini supaya ekonomi negara akan meningkat,” tambahnya.
Diskaun, baucar dan rebat di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 bermula pada 29 April 2022, meliputi dua kluster, iaitu Kluster Pengangkutan Darat dan Kluster Persatuan Pelancongan. Pada masa yang sama, ia akan diperluas secara berperingkat melibatkan Kluster Pengangkutan Udara dan Kluster Penginapan.
Kempen "Jom Dive 2.0", menawarkan diskaun RM400 untuk setiap pembelian pakej selam skuba berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu transaksi, terhad kepada 1,994 pembeli pertama.
Sementara itu, di bawah kempen "Jom Cuti di Homestay", pengguna layak menikmati rebat RM50 hingga RM300 bagi setiap pembelian pakej berharga RM100 dan ke atas dengan penebusan maksimum sehingga tiga kali.
Eton Khir
Fri Jun 24 2022
Nancy berkata, kenyataan Khairy Jamaluddin tidak boleh dipandang ringan dan pada masa sama berharap agar negara tidak menghadapi kesulitan seperti yang dihadapi sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
Won Korea melemah dengan ketara susulan pengisytiharan undang-undang tentera
Won Korea merosot kepada serendah 1,430 won setiap dolar dalam dagangan luar pesisir malam tadi.
Ahli Parlimen Korea Selatan sebulat suara undi batalkan undang-undang tentera
Parlimen Korea Selatan meluluskan usul menuntut Presiden Yoon Suk Yeol membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera.
Ketua Turus Angkatan Tentera keluarkan dekri larang aktiviti politik di Korea Selatan
Satu pemerintahan tentera yang ditubuhkan susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol pada Selasa malam.
Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi banjir di Sabah
Dalam masa sama, 1,456 aset disediakan oleh agensi terbabit termasuk 16 logistik udara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan hingga awal tahun depan.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
KKR siap siaga hadapi gelombang kedua banjir - Ahmad Maslan
Pasukan Gerak Kerja bencana negeri telah diarah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan jaringan perhubungan jalan raya tidak terjejas susulan banjir.
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri
Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.
Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19
Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.
Jepun mungkin hadapi gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 - Pakar
Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.
Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19
Sebanyak 93 peratus daripada 232 undian menyatakan kerisauan mereka dan selebihnya tujuh peratus tidak berasa takut.
Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
"Masih boleh membunuh" - PM Perancis beri amaran gelombang baharu COVID-19
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan "lebih 40,000 kes baharu" dikesan di negara itu setiap har