REMBAU: Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata 52 negara baru-baru ini diberi peluang menyuarakan pandangan masing-masing di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda dan hampir kesemua senada serta satu suara mengutuk Israel selain menyatakan perbuatan itu mesti diambil tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mohamad berkata meskipun pelbagai resolusi diluluskan PBB dan Majlis Keselamatan PBB, Israel masih berdegil dan terus melakukan perbuatan yang bertentangan dengan amalan antarabangsa serta mencabuli undang-undang negara secara terang-terangan.
"ICJ telah dengar (hujahan dibawa) pada 16 hingga 24 Feb lepas, semua negara bentangkan bantahan dan pandangan masing-masing dengan tegas, walaupun ada dua ke tiga negara sokong Israel tetapi suara mereka ditenggelami.
"Kali ini Israel tidak mempunyai banyak pilihan dan kita bersama-sama bentangkan hala tuju untuk gencatan senjata yang kekal dengan cara mengadakan sistem dua negara iaitu pastikan Palestin merdeka dan diakui... ini sedang diusahakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Mat di sini hari ini.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Malaysia sejak 2004 telah membawa isu berkaitan pembebasan Palestin daripada kekejaman Israel di ICJ dan pada kali ini suara negara mendapat sokongan serta dukungan amat besar daripada masyarakat antarabangsa.
"Dua hari lepas saya diberi peluang mewakili negara untuk menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap penaklukan dan penjajahan Israel termasuk membina tembok dan pagar mengelilingi Gaza, satu penjara terbuka terbesar di dunia bagi mengawal mereka," katanya.
Terdahulu, dalam kenyataan lisan Malaysia pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di ICJ pada Khamis (22 Feb), Mohamad dilaporkan berkata Israel mesti menghentikan semua "dasar dan amalan" berkaitan dan serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
Dalam pada itu, Mohamad berkata Malaysia selepas ini akan terus menyokong usul dibawa Afrika Selatan berkenaan genosid dilakukan Israel sekali gus memperjuangkan hak Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap pada sidang media Program Perlawanan Bola Sepak Piala Tok Mat di Stadium Mini Rembau hari ini. - Foto BERNAMA
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Gelombang kutukan dunia terhadap Israel kini amat besar - Mohamad Hasan
Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.