awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil

Bernama
Bernama
30/04/2024
07:29 MYT
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan. -Gambar hiasan
KUANTAN: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kuil di Raub, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata kesemua lelaki berusia antara 23 dan 44 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan kira-kira 8 malam hari sama.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 2.46 petang sebelum sepasukan polis ke tempat kejadian bagi mengawal situasi itu dan mendapati punca pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki terdiri daripada 10 hingga 15 orang.
"Terdapat individu yang ingin mengeluarkan kenderaannya dari kawasan kuil itu, namun laluan terbabit telah terhalang dengan deretan kenderaan lain.
"Situasi itu kemudian menyebabkan pertengkaran mulut sehingga berlaku pergaduhan serta merosakkan dua kenderaan pacuan empat roda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Shahril kejadian turut mengakibatkan tiga lelaki cedera dan dirawat di Hospital Raub.
Kes, katanya, disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaduh di kuil
#hospital raub
#empat lelaki ditahan
#kes pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan