REMBAU: Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata 52 negara baru-baru ini diberi peluang menyuarakan pandangan masing-masing di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda dan hampir kesemua senada serta satu suara mengutuk Israel selain menyatakan perbuatan itu mesti diambil tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mohamad berkata meskipun pelbagai resolusi diluluskan PBB dan Majlis Keselamatan PBB, Israel masih berdegil dan terus melakukan perbuatan yang bertentangan dengan amalan antarabangsa serta mencabuli undang-undang negara secara terang-terangan.
"ICJ telah dengar (hujahan dibawa) pada 16 hingga 24 Feb lepas, semua negara bentangkan bantahan dan pandangan masing-masing dengan tegas, walaupun ada dua ke tiga negara sokong Israel tetapi suara mereka ditenggelami.
"Kali ini Israel tidak mempunyai banyak pilihan dan kita bersama-sama bentangkan hala tuju untuk gencatan senjata yang kekal dengan cara mengadakan sistem dua negara iaitu pastikan Palestin merdeka dan diakui... ini sedang diusahakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Mat di sini hari ini.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Malaysia sejak 2004 telah membawa isu berkaitan pembebasan Palestin daripada kekejaman Israel di ICJ dan pada kali ini suara negara mendapat sokongan serta dukungan amat besar daripada masyarakat antarabangsa.
"Dua hari lepas saya diberi peluang mewakili negara untuk menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap penaklukan dan penjajahan Israel termasuk membina tembok dan pagar mengelilingi Gaza, satu penjara terbuka terbesar di dunia bagi mengawal mereka," katanya.
Terdahulu, dalam kenyataan lisan Malaysia pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di ICJ pada Khamis (22 Feb), Mohamad dilaporkan berkata Israel mesti menghentikan semua "dasar dan amalan" berkaitan dan serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
Dalam pada itu, Mohamad berkata Malaysia selepas ini akan terus menyokong usul dibawa Afrika Selatan berkenaan genosid dilakukan Israel sekali gus memperjuangkan hak Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap pada sidang media Program Perlawanan Bola Sepak Piala Tok Mat di Stadium Mini Rembau hari ini. - Foto BERNAMA
Boling: Gillian, Hafiz rangkul kejuaraan pertama
Pemain boling wanita kebangsaan Gillian Lim mencipta sensasi apabila merangkul kejuaraan sulungnya di Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-42.
Bersatu tetap dengan pendirian enam ahli parlimen hilang kerusi
Sementara itu, Muhyiddin menegasan Bersatu tetap dengan pendirian bahawa enam ahli parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hilang kerusi berdasarkan Pindaan Perlembagaan parti itu yang sudah diluluskan pendaftar pertubuhan (ROS).
Penduduk Kampung Gas bakal dipindahkan ke PPRT tahun ini
Penantian penduduk Kampung Gas, Batu Sapi selama enam tahun bakal berakhir selepas bakal menerima kediaman menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selewat-lewatnya tahun ini.
Bangunkan AI tingkatkan sosio ekonomi usahawan kecil
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata pihaknya dalam proses melihat peluang dan ruang untuk memperkenal teknologi terbaru dalam bidang teknologi dan terkini kecerdasan buatan (AI) yang akan membawa kesan positif kepada sosio-ekonomi rakyat.
Kursus aeroangkasa akan diperkenalkan di i-CATS
Kursus kejuruteraan aero angkasa akan diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak di Kolej Universiti (i-CATS)
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.
Kes tembakan Pasir Mas: Mangsa dan suspek saling mengenali - Polis
Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Gelombang kutukan dunia terhadap Israel kini amat besar - Mohamad Hasan
Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.