awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boling: Gillian, Hafiz rangkul kejuaraan pertama

Bernama
Bernama
05/05/2024
11:46 MYT
Boling: Gillian, Hafiz rangkul kejuaraan pertama
Atlet boling negara bergambar bersama piala yang dimenangi mereka pada Kejohanan Boling Terbuka Malaysia Antarabangsa 2024 di Sunway Mega Lanes Bandar Sunway hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Pemain boling wanita kebangsaan Gillian Lim mencipta sensasi apabila merangkul kejuaraan sulungnya di Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-42 yang berlangsung di Sunway Mega Lanes di sini hari ini.
Pada pertandingan akhir, atlet berusia 25 tahun itu berjaya menundukkan rakan senegara yang juga juara bertahan Lavinia Kho Jia Jie dengan melakukan 235 jatuhan pin.
Atlet kelahiran Sarawak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Gillian sebelum itu berada pada kelas tersendiri apabila menewaskan juara dunia 2023 Natasha Mohamed Roslan (tempat ketiga).
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Gillian berkata Kejohanan Tenpin Boling Asia di Thailand telah menjadi motivasi buat dirinya untuk menjuarai kejohanan ini memandangkan Terbuka Malaysia merupakan pentas mengumpul mata untuk kelayakan menyertai kejohanan di Thailand itu.
Sementara itu, kategori lelaki menyaksikan Muhammad Hafiz Zainuddin mencipta kejutan apabila merangkul kejuaraan pertamanya selepas lapan tahun bersama skuad elit negara.
Pemain berusia 24 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran pemain berpengalaman yang juga rakan senegara Syafiq Ridhwan Abdul Malik dengan menjatuhkan 234 pin pada perlawanan akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.
"Selepas ini saya akan menyertai Terbuka Kuala Lumpur sebelum beraksi di Kejohanan Asia pada September," katanya.
Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi rakan senegara Wan Muhd Zarif Ikram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia
#Gillian Lim
#Muhammad Hafiz Zainuddin
#rangkul kejuaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan