awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti isu 36 jemaah terkandas di Arab Saudi - Zulkifli
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
27/07/2017
00:15 MYT
Gembira dalam duka: Jemaah haji sebak terkenang anak OKU
ARBAIYAH: "Perasaan saya memang sedih dan kasihan untuk tinggalkan dia. Dia tak boleh jalan, tetapi merangkak sahaja." - Foto Astro AWANI
Walaupun berat meninggalkan seorang anak kelainan upaya (OKU), seorang ibu masih bersyukur apabila mendapat giliran menunaikan ibadah haji tahun ini.
"Kesusahan yang dilalui tidak melemahkan semangat saya untuk terus mengumpul wang sejak 10 tahun lalu bagi membolehkan saya ke Tanah Suci satu hari nanti."
Demikian luahan Arbaiyah Darhan ibu tunggal berusia 70 tahun yang perlu menjaga anak perempuan yang menghidap penyakit Systematic Lupus Erythematosus (SLE).
"Perasaan saya memang sedih dan kasihan untuk tinggalkan dia. Dia tak boleh jalan, tetapi merangkak sahaja."
Tambah Arbaiyah, anaknya itu walaupun kini sudah berkahwin dan mempunyai suami, namun dia tetap menzahirkan rasa berat hati memandangkan anaknya itu selama ini dijaga sepenuh perhatian dan tidak pernah tinggal berjauhan oleh kerana keadaannya.
Arbaiyah yang menetap di Felda Sungai Tengi di Hulu Selangor sejak 40 tahun lalu, telah membesarkan empat anak dengan membuat kerja-kerja ladang.
"Anak pertama saya pula sudah meninggal dunia tiga tahun lepas kerana angin ahmar.
"Dalam persediaan untuk menunaikan haji, saya teringat anak saya, dan saya menangis setiap hari kerana rindu," katanya.
Sejak kehilangan suaminya 20 tahun lalu, Arbaiyah kini bekerja menjaga kedai ibu tunggal berdekatan rumahnya.
"Kita tabahkan hati, dan berserah kepada Yang Satu, kerana akhirnya kita akan kembali kepada-Nya," katanya.
Arbaiyah yang sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji tahun ini menasihatkan anak-anak yang lain supaya mula menabung awal untuk melaksanakan haji.
Beliau juga berharap dan berdoa supaya perjalanan ini adalah yang terbaik dan selamat untuk dirinya dan keluarga.
Topic Berkaitan
#anak
#Haji
#keluarga
#OKU
#rumah
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan