GADGETS
Gemini Advanced diumumkan - Diperkasakan oleh model Gemini Ultra 1.0

Bermula hari ini Gemini Advanced boleh digunakan di 150 negara dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu. - Gambar Google
Dengan penjenamaan semula Bard menjadi Gemini hari ini, Google turut mengumumkan akses kepada Gemini Advanced yang diperkasakan oleh model Gemini Ultra 1.0. Gemini Ultra 1.0 diumumkan pada Disember lalu sebagai model AI yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Google setakat ini. Seperti dijanjikan, Gemini Ultra 1.0 boleh diakses oleh pelanggan yang memerlukan kemampuan yang lebih tinggi berbanding model Gemini Pro sahaja sebelum ini.
Serentak dengan pengumuman ini, pelan baharu rand new Google One AI Premium Plan ditawarkan pada harga $19.99 sebulan dengan ia boleh digunakan percuma untuk dua bulan pertama. Pelanggan akan dapat mengakses AI paling berkuasa Google dan storan awanan sebesar 2TB. Kelak pelanggan juga akan dapat menggunakan Gemini dalam perkhidmatan Google yang lain seperti Gmail, Docs, Sheets dan banyak lagi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami