BEIJING: Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda kawasan Kepulauan Filipina pada 7.37 pagi Isnin waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.
Menurut CENC, pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 40 kilometer dengan kedudukan 5.55 darjah utara dan 125.1 darjah timur.
-- BERNAMA-XINHUA