awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Cianjur: Organisasi bantuan beri amaran risiko jangkitan penyakit

Bernama
Bernama
06/12/2022
12:19 MYT
Gempa bumi Cianjur: Organisasi bantuan beri amaran risiko jangkitan penyakit
Lebih banyak bantuan diperlukan selepas gempa bumi dan gegaran susulan merosakkan 40,000 kediaman dan lebih 500 sekolah. - Gambar/ AP
JAKARTA: Save the Children iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di London memberi amaran terdapat risiko wabak penyakit berjangkit susulan gempa bumi di daerah Cianjur, Jawa Barat.
Dalam satu kenyataan, NGO itu memaklumkan berikutan jumlah mangsa yang ramai, mereka terpaksa berhimpit dalam khemah sementara serta tidak mempunyai akses kepada sanitasi yang mencukupi.
Selain itu, gegaran selepas gempa dan hujan lebat membentuk keadaan berlopak dan berpaya yang boleh mencetuskan risiko tinggi penularan penyakit dan jangkitan.
NGO itu menegaskan bahawa lebih banyak bantuan diperlukan selepas gempa bumi dan gegaran susulan merosakkan 40,000 kediaman dan lebih 500 sekolah.
Hampir 115,000 orang termasuk 38,450 kanak-kanak hilang tempat tinggal selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda negara itu pada 21 Nov.
Kerajaan Indonesia, agensi dan pekerja bantuan berhempas pulas menjalankan operasi bantuan dan menyelamat, tetapi usaha itu terhalang akibat kebanjiran 'pelancong bencana'.
"Operasi kami berdepan kelewatan kerana jalan raya dipenuhi orang ramai yang pergi ke Cianjur untuk melihat kemusnahan," kata ketua pasukan respons Save the Children Indonesia, Fadli Usman.
Ratusan ribu orang hilang tempat tinggal dan kini terpaksa menjalani kehidupan yang terdedah dengan penyakit dan jangkitan.
"Mereka memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa secepat mungkin, tetapi kebanyakan keluarga yang paling terjejas tinggal di kawasan terpencil dan sukar diakses melalui jalan raya.
"...kami juga memerlukan lebih banyak dana untuk membantu memenuhi keperluan segera kanak-kanak dan keluarga termasuk air bersih, selimut, khemah, sokongan emosi dan peralatan pendidikan supaya kanak-kanak dapat meneruskan kehidupan sebaik mungkin," kata Fadli.
Save the Children telah beroperasi di Indonesia sejak 1976 dan aktif di 19 daripada 38 wilayah dengan menjalankan program kemanusiaan berkaitan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perlindungan kanak-kanak dan kemiskinan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Cianjur
#Indonesia
#jangkitan penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan