Gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam tadi dan gegaran turut dirasai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia pada Isnin, gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku pada 9.17 malam.

Sementara itu satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.