MALAYSIA
Gempa bumi lemah 2.9 magnitud dikesan di Sri Medan, Batu Pahat

Menurut laman sesawang myGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berada di koordinat 1.95 darjah Utara dan 102.99 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
BATU PAHAT: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter dikesan melanda kawasan Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat, pada 6.39 petang tadi.
Menurut laman sesawang myGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berada di koordinat 1.95 darjah Utara dan 102.99 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kerosakan atau gegaran kuat diterima setakat ini.
Beberapa siri gegaran direkodkan di Segamat sebelum ini bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi 24 Ogos dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi Rabu (3.2); 7.56 malam Khamis (2.5); 4.24 pagi Jumaat (3.4); 7.29 pagi Sabtu lepas (2.7) dan magnitud 2.9 pada 31 Ogos.Satu gegaran direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada 24 Ogos.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami