awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi lemah 3.2 magnitud berlaku di Segamat

Bernama
Bernama
27/08/2025
03:45 MYT
Gempa bumi lemah 3.2 magnitud berlaku di Segamat
Gempa bumi lemah berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang. - Foto MetMalaysia
JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, Johor, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri ini serta selatan Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku di kira-kira 18 kilometer selatan Segamat, berpusat pada koordinat 2.33 darjah Utara dan 102.79 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
"MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini," menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7 bagi membantu siasatan lanjut.
Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 km Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#MetMalaysia
#Segamat
#soal selidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan