MALAYSIA
Gempa bumi: SMART akan dimobilisasikan ke Afghanistan - Ahmad Zahid

Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Afghanistan sekitar tengah malam 31 Ogos lepas yang disusuli beberapa gegaran. - Gambar fail/Reuters
BAGAN DATUK: Malaysia merancang memobilisasikan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Afghanistan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi yang melanda negara itu, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan bercadang memobilisasikan Pasukan SMART untuk membantu mangsa gempa bumi di Afghanistan, dengan koordinasi bersama NADMA.
- Ahmad Zahid akan berbincang dengan Menteri Pertahanan untuk menghantar Kor Kesihatan ATM dan mengkoordinasikan penyertaan NGO berpengalaman dalam misi bantuan.
- Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud pada 31 Ogos mengorbankan lebih 2,200 orang dan mencederakan lebih 3,600 mangsa di timur Afghanistan.
"Saya juga akan mengkoordinasikan agar NGO (pertubuhan bukan kerajaan) terutamanya kumpulan sukarelawan yang dapat membantu mangsa di mana mereka ada pengalaman membantu mangsa banjir dan juga malapetaka alam yang lain.
"Insya-Allah kita esok akan menghubungi Duta Afghanistan di Kuala Lumpur untuk membincangkan perincian bagi penghantaran pasukan ini bagi membantu mereka yang terjejas di Afghanistan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini.
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Afghanistan sekitar tengah malam 31 Ogos lepas yang disusuli beberapa gegaran.
Pada Khamis, portal Ariana News melaporkan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Afghanistan telah melebihi 2,200 orang, dengan lebih 3,600 lagi cedera.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami