awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong ajak ahli Parlimen bertafakur, sedekahkan al-Fatihah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2023
03:45 MYT
Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong ajak ahli Parlimen bertafakur, sedekahkan al-Fatihah
Baginda turut menzahirkan ucapa takziah dan rasa simpati kepada Perdana Menteri Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, rakyat Turkiye dan Syria berikutan malapetaka yang melanda negara berkenaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan titah ucapan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 dengan mengajak ahli Parlimen bertafur dan menyedekahkan al-Fatihah bagi mengingati mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.
Baginda turut menzahirkan ucapa takziah dan rasa simpati kepada Perdana Menteri Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, rakyat Turkiye dan Syria berikutan malapetaka yang melanda negara berkenaan.
"Sesungguhnya, Malaysia merasa amat dukacita di atas musibah tersebut, justeru Beta meminta ahli-ahli Yang Berhormat untuk berdiri bertafakur bersama Beta, dan kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan al-Fatihah," titahnya di sini, pada Isnin.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut menyambut keberangkatan tiba baginda, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja
Setakat ini, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi berkenaan.
Gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada minggu lalu itu mengorbankan lebih 32,000 mangsa.
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Dewan Rakyat
#bertafakur
#gempa turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan