Mereka adalah antara ‘power couple’ paling eksklusif di Malaysia. Setiap langkah dan gerak-geri mereka jadi perhatian. Tidak hairanlah jika berita mengenai mereka menjadi buruan para media dan bloggers.
Apakah perkara yang paling memeranjatkan tentang ‘the other half’?
Scha Alyahya: Awal sangat pandai menghafal, daripada lirik lagu ataupun skrip ia cepat benar masuk ke dalam otak and it stays there, jadi he’s very dependable dan tidak akan terlupa perkara yang penting. Selain daripada itu, he is very hand’s on, bukan jenis yang hanya take the back seat dan let other people sudahkan kerjanya. Satu lagi perkara yang mungkin ramai tidak tahu adalah Awal Ashaari bijak menggunakan perkakas hardware dan bijak juga perbaikinya, terutama sekali barang elektrik rumah.
Awal Ashaari: Siapa sangka Scha Alyahya yang nampaknya chill dan relaks sangat berdisiplin tinggi dan punya schedule untuk segala-segalanya. Awal kadang-kadang suka buat perkara yang out of the ordinary dan just go crazy and fun, tapi tidak bagi Scha. Semuanya ikut perancangan kemas in her prim and proper world. Ya! Scha plays by the rule... Always.
Bagi Awal, Scha tidaklah sempurna, begitu dengan diri saya, masih banyak lopong dan kosong yang perlu diperbaiki, namun kita cuba untuk have fun bersama sentiasa. Awal sukakan semua kekurangan Scha kerana itulah yang makes it great, our imperfection compliments us.
NOTA : Artikel ini dipetik daripada temu bual majalah InTrend edisi Oktober 2012