Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa anak-anak muda agar menjadi contoh dalam menangani isu-isu perkauman dengan mengadakan perbincangan terbuka mengenai isu tersebut.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau mahu generasi muda terutama mereka dalam lingkungan 20-an mengambil langkah menyelesaikan isu-isu stereotaip serta agama, dan mahu ahli-ahli politik lama turut membuat perkara yang sama.
"Saya ingin melihat perspektif anak muda berkenaan perkauman, agama dan stereotaip... dan ramai dapat belajar dari anak-anak muda ini kerana mereka dilihat lebih terbuka berhubung kepercayaan mereka tentang kepelbagaian kaum serta kebebasan beragama di Malaysia," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, pada Selasa.
Rafizi berkata sikap sering mengelakkan diri dari berbincang tentang isu tersebut menyebabkan masyarakat di negara ini hidup dalam syak wasangka dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
"Kita takut untuk menyuarakan isu-isu tersebut... kita takut untuk bersemuka dengan perkauman kita sendiri dalam stereotaip ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Katanya PKR memandang serius perkara ini dan ingin memulakannya dengan perbincangan secara terbuka melalui anjuran forum-forum.
Sementara itu, PKR turut mengumumkan penganjuran 'Forum Perspektif' yang dikendalikan di bawah Keadilan Executive Internship Program atau Program Latihan Eksekutif Keadilan (KEIP).
Forum tersebut akan diadakan pada Rabu, 15 Januari 8.30 malam di Dewan Media, ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.
Menurut wakil KEIP, Mohamed Aqief, forum itu bertujuan bagi mengumpul anak-anak muda untuk sama-sama berdialog tentang perspektif kalangan anak muda masa kini terhadap identiti bangsa Malaysia.
"Secara umumnya, forum ini akan menyentuh tiga tema utama yang sering membentuk stereotaip di kalangan masyarakat iaitu dari sudut agama, bangsa dan hak-hak sebagai rakyat Malaysia.
"Sikap matang dan terbuka membolehkan kita membicarakan isu-isu yang diutarakan secara jujur yang akhir-akhir ini disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi atau politik yang mewujudkan suasana tidak sihat, prasangka, perasaan kurang senang sesama masyarakat," katanya.
Tambah Aqief lagi, forum tersebut akan dikendalikan oleh pelatih-pelatih KEIP sendiri, sekaligus memberi ruang penuh kepada generasi muda berkongsi pengalaman serta perspektif mengenai pandangan orang muda.
Haider Yutim
Tue Jan 14 2014
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.