awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
28/12/2022
03:20 MYT
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Kesemua suspek berusia antara 33 tahun hingga 45 tahun kini direman sehingga Khamis untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.- Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA: Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan anggota Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hasil risikan dan maklumat.
"Tangkapan pertama dilakukan di Jalan Resak, Klang membabitkan seorang wanita pada 22 Disember lalu.
"Susulan itu, tiga wanita dan seorang lelaki turut diberkas di Jalan Peel, Kuala Lumpur pada Isnin," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, penahanan suspek terbabit membawa kepada rampasan antaranya sebuah kenderaan Proton Exora, 76 helai baju pelbagai jenama, 28 helai seluar, 63 pakaian kanak-kanak selain pelbagai barangan kosmetik.
"Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes di mana lapan daripadanya di Subang Jaya," ujarnya.
Tegasnya, kesemua suspek berusia antara 33 tahun hingga 45 tahun kini direman sehingga Khamis untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, orang ramai disaran menyalurkan maklumat sebarang kes jenayah di talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Zainy Ahmad Nazri di talian 013-2393158. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi
#kosmetik
#pakaian kanak-kanak
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan