Polis berjaya menumpaskan 'Geng Susu Tepung' dengan tertangkapnya tiga sekeluarga yang dipercayai terlibat dalam sembilan kes curi susu tepung bernilai RM20,000 di beberapa pasar raya sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, suspek, seorang ibu tunggal berumur 36 tahun, ditahan bersama anak lelakinya berumur 15 tahun dan adik lelakinya berumur 19 tahun di sebuah banglo yang disewa di Taman Menglembu Impiana Adril di sini, kira-kira pukul 11 malam Ahad lalu.
Katanya, pemeriksaan di rumah itu menemui 218 tin dan kotak susu pelbagai jenama.
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza serta sebuah telefon bimbit.
"Hasil siasatan mendapati seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan rakan wanita terbabit, akan menjual susu tepung yang dicuri itu kepada orang lain," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Selasa.
Mohd Ali berkata, berdasarkan siasatan, kumpulan itu akan memasuki pasar raya dan bertindak mengalihkan beberapa susu tepung ke tempat lain bagi mengelak kegiatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Menurutnya, wanita terbabit kemudian masuk semula ke dalam pasar raya dan memasukkan susu yang telah dialihkan itu ke dalam beg manakala rakan lelakinya mengalihkan pandangan pekerja di kaunter dengan membeli barang lain yang murah dan membuat bayaran.
"Wanita itu kemudian keluar dari pasar raya di mana adik dan anaknya sedang menunggu dan mereka melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Bezza yang disewa."
Mohd Ali memberitahu, beberapa pasar raya di Sungai Senam, Lahat dan Jelapang, di sini menjadi sasaran mereka.
Katanya, wanita itu mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes yang sama di Ipoh dan Nibong Tebal manakala anak dan adiknya tiada rekod jenayah.
Tambahnya, kumpulan itu melakukan kegiatan itu sejak awal tahun lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan dan ketiga-tiga mereka direman lima hari mulai semalam.
Polis kini sedang mengesan suspek lelaki terbabit.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 15 2019
Mohd Ali (kiri) menunjukkan 218 tin dan kotak susu pelbagai jenama yang dirampas pada sidang media di IPD Ipoh hari ini. - BERNAMA
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
'Geng Susu Tepung' tumpas, tiga sekeluarga ditahan
Suspek merupakan seorang ibu tunggal, 36 tahun, anak lelakinya, 15 tahun dan adiknya yang berusia 19 tahun.