awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng TR: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Bernama
Bernama
26/06/2024
07:57 MYT
Geng TR: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Anggota polis mengawal ketat ahli Geng TR ketika tiba di Mahkamah Sesyen Klang bagi sebutan semula atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang sejak lima tahun lalu.- Foto Bernama
KLANG: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan perbicaraan kes 20 lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng TR dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Hakim Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah.
"Prosiding hari ini ditetapkan bagi sebutan kes dan mendapatkan izin mengikut seksyen berkenaan untuk kesemua tertuduh. Oleh itu, pendakwaan memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan izin tidak mendapat bantahan dari pihak pembelaan," katanya semasa prosiding sebutan semula kes.
Ahmad Faizadh yang membenarkan permohonan berkenaan tidak menetapkan tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi.
Selain Lina Hanini, pasukan pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hashim dan Syafinas Shabudin.
Seramai 16 daripada tertuduh diwakili peguam Kevin Quah Kai Weng, Sukhdey Singh, Rushilan Guralan, Gurmukh Singh Sandhu, Renuka Krishasamy dan Haresh Mahadevan, manakala empat lagi tidak diwakili peguam.
Pada 29 Mei lepas, seramai 20 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Mereka adalah N. Nithiyan, 39; S. Logan, 32; R. Parthipan, 32; M. Keshava Nair, 30; A. Balamurugan, 40; V.S Wilbert, 46; M. Ramakrishnan, 45; R.E Mohan, 34; M. Thanasekaran, 44; Edward Liew, 49; S. Manoraj, 28; M. Amaran, 30; S. Hemanathan, 31; K. Thana Seelan, 38; K. Ravishankara, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G. Deeneskumar, 29; K. Venaigaraj, 32; A. Kogilan, 26, dan M. Tineshkumar, 26.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan laut di Sungai Janggut, Kuala Selangor pada November 2019 hingga 2 Mei lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(I) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Geng TR
#kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
#ahli kumpulan jenayah terancang
#Sungai Janggut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan