Gerak bibir, faham arahan, Adib mulai sedar

Harits Asyraf Hasnan
November 30, 2018 03:21 MYT
Bagaimanapun, menurut Mohd. Azhari, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan kritikal tetapi stabil.
Anggota bomba yang parah akibat kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari mulai sedar dan menunjukkan perkembangan positif hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Mohd. Azhari Yakub berkata Muhammad Adib Mohd Kassim telah sedar pagi ini dan memahami arahan yang diberikan selain menggerakkan beberapa anggota badan.
BACA: Muhammad Adib mula tunjuk tindak balas
BACA: Sultan Kedah cemar duli ziarah Muhammad Adib di IJN
BACA: Apa bukti Adib dilanggar? - KP JBPM
"Dia mula sedar pagi tadi, memahami arahan dan menggerakkan bibir. Ini merupakan tanda positif dan menunjukkan otak berfungsi.
"Bagi kecederaan organ pula, Muhammad Adib masih menggunakan mesin yang dipanggil Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.
"Tekanan darah pula rendah menunjukkan buah pinggang rosak dan memerlukan Muhammad Adib menjalani rawatan dialisis," katanya dalam sidang akhbar di lobi IJN, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamed Farid Md. Rafik dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid.
Bagaimanapun, menurut Mohd. Azhari, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan kritikal tetapi stabil.
#anggota bomba #berita hari ini #Berita Terkini #Datuk Mohamad Hamdan Wahid #Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub #IJN #isu semasa #kuil sri maha mariamman #Muhammad Adib #positif #rusuhan #sedar #Subang Jaya