Kementerian Kesihatan kecewa dengan tindakan gerakan antivaksin yang dikatakan antara faktor penularan semula penyakit berjangkit.
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata adalah sesuatu yang malang seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu.
Kanak-kanak tersebut dikatakan tidak menerima sebarang imunisasi sejak lahir.
"Masih ada segelintir ibu bapa yang terpengaruh dengan gerakan antivaksin ini kerana mereka tidak faham bahawa sebenarnya vaksin yang digunakan di Malaysia adalah selamat dan vaksin-vaksin yang digunakan juga terbukti keberkesanan melalui ujian dan kajian saintifik yang agak menyeluruh.
"Jadi walaupun kita tahu ada sebahagian kecil ada side effect (kesan sampingan) yang tak serius, tetapi kita juga tahu vaksin ini adalah penting untuk kita mencegah penyakit-penyakit seperti difteria, seperti measles (campak), mums (beguk) dan rubela.
"Kita juga ambil perhatian bahawa tahap vaksin untuk measles ada menurun sikit, jadi kita akan ambil perhatianlah dan mempertingkatkan promosi, penerangan kepada ibu bapa kepentingan untuk vaksin," kata Dr Lee.
Beliau ditemui selepas merasmikan belon gergasi dan risalah kempen jom hapus aedes di Ipoh pada Ahad.
Astro Awani
Sun Feb 24 2019

Kementerian Kesihatan kecewa dengan tindakan gerakan antivaksin yang dikatakan antara faktor penularan semula penyakit berjangkit. -AP

'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.

Najib perlu beri pandangan positif kepada kerajaan, bersama tarik pelabur - Shahidan Kassim
Semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta memberi pandangan positif kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi meningkatkan ekonomi negara.

Tey Kok Kiew kekal Pengerusi DAP Melaka
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir Tey Kok Kiew kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021-2024.

AWANI Ringkas: Pukul pengawal | Polis dalam proses sita harta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Pencari belut didakwa bakar isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengawal keselamatan maut ditetak, polis kesan dua beradik suspek utama
Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun maut dipercayai ditetak dalam satu pergaduhan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, pada Sabtu.

Sukan sebagai platform satukan rakyat - Anas Zubedy
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata memupuk semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah lagi menerusi pendidikan dan pelaksanaan program sukan.

Guna Petrol | Pencari belut didakwa bakar isteri
Seorang pencari belut dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya termasuk dengan membakar menggunakan cecair petrol 7 tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh Irwan Che Abdullah, 43 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Warga Emas | Enam kaki ponteng puasa kantoi
Seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun memberi alasan hendak ke klinik kerana tidak larat berpuasa ketika dicekup kerana tidak berpuasa dan merokok dalam sebuah kedai makan bukan Islam di Ayer Hitam, Kubang Pasu. Ketika pemeriksaan dilakukan dalam kedai makan itu, lelaki warga emas itu dan seorang lagi rakannya dipercayai sedang merokok tetapi sempat membuang puntung rokok sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Sukan Berasas Kaum | Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar mohon maaf
Sebuah sekolah di Batu Pahat yang mengkategorkan kegiatan kokurikulum berasaskan kaum dan jantina, tampil memohon maaf. Surat permohonan maaf itu dikongsikan di laman sosial Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dalam surat terbabit Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid berkata, pihaknya mengakui terlepas pandang mengenai isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar tingkatan satu berhubung pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

COVID-19: Komuniti, selebriti, menteri jadi golongan penting tangani antivaksin di UK
Kerajaan UK bertindak aktif dengan mengambil pelbagai inisiatif sekali gus menggunakan kuasa komuniti dalam menangani isu berkenaan.

Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin
Mereka mahu menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.

Jangan ragui status vaksin COVID-19 - Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut menasihati umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakyah golongan antivaksin.

Pinterest, YouTube aktif sekat perkongsian maklumat tidak sahih vaksin
Pinterest telah menghalang sebahagian besar pencarian berkaitan vaksin sejak tahun lalu selepas mendapati ia lebih menjurus ke arah maklumat yang tidak tepat.

Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.

Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.